by

PJ City ‘curi’ mata Terengganu

News Sources:

KUALA NERUS: Terengganu FC mensia-siakan peluang untuk menghambat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Petaling Jaya City  (PJ City)  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu turut memaksa skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain turun ke tangga ketiga ekoran kemenangan 3-1 Kedah ke atas Sri Pahang.

Awal permainan, Ketua pasukan PJ City, K. Gurusamy hampir mengejutkan tuan rumah namun gerakannya pada minit kesembilan gagal menemui sasaran.

Memasuki minit ke-34, pemain Terengganu FC, Marcel N’Guessan berjaya memasuki kotak penalti pelawat yang menyaksikan sepakannya sekadar tinggi dan kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga rehat apabila tolakan Jordan Mintah (m-43) di depan pintu gol PJ City dihalang pertahanan lawan.

Bersambung di babak kedua, peluang terbaik tuan rumah menjelma pada minit ke-77 melalui rembatan deras Makan Konate, namun diselamatkan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Gol dicari-cari Terengganu FC tidak kunjung tiba selepas Kalamullah cemerlang menepis rembatan jarak dekat Konate pada minit ke-90 disusuli tandukan Mintah yang terkena palang.

Terengganu FC kini mengumpul 11 mata di kedudukan ketiga manakala Kedah melonjak naik dengan 13 mata, satu mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed