by

PKPB di Submukim Ipoh bermula hari ini sehingga 20 Januari

News Sources:

PUTRAJAYA: Berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di submukim Ipoh, Perak, kerajaan memutuskan kawasan berkenaan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 20 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 106 kes positif Covid-19 dilaporkan secara bertaburan di dalam lokaliti itu dan daripada jumlah itu sebanyak 89 kes adalah jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.

Menurut beliau, terdapat kluster yang masih aktif melibatkan kawasan kilang yang bertumpu dalam beberapa kawasan perindustrian di submukim itu berisiko kepada penularan jangkitan Covid-19.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan saringan secara bersasar dilaksanakan dan bagi mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kawasan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru yang dijadualkan tamat pada 8 Januari dilanjutkan lagi sehingga 22 Januari ini. 

Katanya, sehingga kini, sebanyak 1,303 ujian saringan dilaksanakan dan daripada jumlah itu sebanyak 555 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Kementerian Kesihatan turut mengesahkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni di asrama ini masih lagi tinggi,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed