by

PKPD bakal dikenakan di dua kampung di Keningau dan Tawau

News Sources:

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dikenakan di Kampung Rimbayan, Daerah Keningau, Sabah selama tempoh dua minggu bermula esok.

Ia susulan kemunculan Kluster Kampung Rimbayan seperti yang diumumkan jurucakap perkembangan wabak Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun di Kota Kinabalu semalam.

Pengesanan tersebut hasil daripada saringan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan jiran yang merentas hadiri majlis pengebumian di kampung itu dari 10 hingga 12 Mac lalu.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar tinggi kebolehjangkitan dalam komuniti,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sehingga semalam ujarnya, kementerian itu telah melaksanakan 301 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 29 kes positif wabak berkenaan telah pun direkodkan.

Setelah dibuat penilaian risiko bersama-sama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal katanya, kerajaan bersetuju untuk mewartakan PKPD dari 2 April sehingga 15 April depan.

Turut dikenakan PKPD untuk tempoh yang sama ialah Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah susulan daripada kluster peserta majlis kenduri kahwin dihadiri 244 tetamu.

“Situasi yang sama seperti berlaku di Kampung Rimbayan dengan kes dikesan naik begitu mendadak dan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti juga adalah tinggi,” kata Ismail Sabri.

Setakat semalam, pihak kementerian berkenaan telah melaksanakan 12 ujian saringan dan daripada jumlah itu, tujuh kes positif direkodkan dan empat lagi masih menunggu keputusan.

Pelaksanaan PKPD itu katanya, untuk memudahkan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk dan menyekat penularan wabak dari kawasan berisiko ke tempat lain pula. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed