by

PKRC di Sukpa tamat sejak Ahad

News Sources:

KUANTAN: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota dekat sini, tamat operasi Ahad lalu. 

Ia susulan kesemua 168 pesakit warga asing yang ditempatkan di situ sejak 10 Disember lepas telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada 168 pesakit, 158 orang daripada Kluster Jalan Genting dibenarkan pulang ke Genting Highlands bermula pukul 2 petang dengan menaiki bas disediakan kerajaan negeri.

“Baki 10 pesakit dari Kluster Kuala membabitkan kawasan pusat bandar Kuantan pula dibenarkan pulang kira-kira pukul 5 petang hari sama.

“Sebelum ini, perkara itu turut dimaklumkan kepada media oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria pada petang Ahad itu juga,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Wan Rosdy berkata, dengan itu diharapkan terjawab kesangsian tentang status Sukpa sebagai PKRC ekoran tulisan-tulisan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pengamal media sosial mengenainya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed