by

PM pulang kawasan hari ini

News Sources:

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir bagi bertemu dengan penduduk kedua-dua kawasan berkenaan hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir dijangka menghadiri beberapa program bersama rakyat di kawasan berkenaan.

Aturcara Perdana Menteri dimulakan dengan lawatan Program ‘Low Carbon Komuniti Sengkang Ke Arah Rendah Karbon 2020’ di Batu 22, Sengkang.

Beliau kemudian dijadual meneruskan lawatan ke tapak pekebun-pekebun sayur peladang berkelompok Batu 18, Batu 19 dan Sengkang 1 Grisek di Batu 18, Sengkang.

Program beliau diteruskan dengan dua acara sambutan Hari Deepavali iaitu peringkat DUN Gambir di Dewan Muniandy, Sagil manakala peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Temiang, Renchong.

Acara Muhyiddin berakhir dengan Majlis Perjumpaan Pemimpin bersama Masyarakat Parlimen Pagoh di Dewan Serbaguna Felda Sri Jaya, Bukit Serampang.

Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Pagoh sejak 1978 selain ADUN Gambir sekali gus mencatat sejarah apabila menjadi Perdana Menteri pertama bergelar sebagai ADUN. – UTUSAN ONLINE

The post PM pulang kawasan hari ini appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed