by

PN kembalikan budaya ‘cash is king? – Sheikh Umar – JohorKini

News Sources:

KLUANG, 2 APR: Perdana menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin digesa menjelaskan sama ada pindaan Ordinan Darurat yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan tanpa perlu kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negeri bermotif politik.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, keputusan sebesar itu tanpa melalui proses legislatif di dewan rakyat dan negeri menimbulkan banyak tanda tanya.

“Adakah ia bertujuan ‘membeli’ sokongan kepada PN di pelbagai peringkat menggunakan wang?

“Adakah PN akan kembalikan budaya ‘cash is king’? kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dengan ketiadaan keabsahan majoriti kerajaan PN di Parlimen dan tiada sebarang penerangan diberikan kepada rakyat, apakah signifikan pindaan tersebut.

Sheikh Umar yang juga Ketua DAPSY Johor menambah, rakyat berhak tahu kerana segala perbelanjaan kerajaan adalah melibatkan wang rakyat.

Ujarnya, tidak kelihatan keazaman politik kerajaan PN untuk menjunjung kedudukan Dewan Rakyat dan Negeri dengan membenarkan persidangan.

Manakala tindakan meminda Ordinan Darurat menggambarkan satu lagi situasi bagaimana demokrasi kita semakin hilang fungsinya.

“Bahkan, tindakan kerajaan PN yang seakan-akan mengabaikan nasihat DYMM YDP Agong agar parlimen dibolehkan bersidang pada masa darurat ini, seolah-olah ada udang disebalik batu.

“Tanpa persidangan parlimen dan DUN, tiada semak dan imbang dalam setiap keputusan serta tindakan kerajaan termasuk soal pindaan Ordinan Darurat berkaitan tambahan perbelanjaan ini,” katanya lagi.

Johorkini

 



Post Views:
3





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed