by

PN Pulau Pinang puji tindakan Pas tolak muafakat menyeleweng

News Sources:

TASEK GELUGOR: Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang memuji tindakan Pas menolak muafakat yang disifatkan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhan Muafakat Nasional (MN) ketika ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri, Datuk Shabudin Yahaya berkata, Pas telah membuat keputusan yang bijak dan pendirian positif itu juga bagus untuk perkembangan PN.

“Tapi, antara Pas dengan MN, saya percaya Pas ada strategi dan pendekatan tersendiri yang akan diselesaikan dengan MN. Jadi, ‘so far, so good’ (situasi yang agak baik).

“Sebab itulah juga kalau kita tengok kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun, beliau ‘relaks’ dan sedia untuk hadapi apa-apa sahaja. Kalau nak datang pun (sertai Bersatu), pintu masih terbuka,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shabudin yang juga Pengerusi Bersatu negeri menafikan partinya ada ‘memancing’ atau cuba ‘mencuri’ mana-mana ahli UMNO untuk menyertai perjuangan mereka seperti yang didakwa oleh Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah baru-baru ini.

“Mana ada siapa boleh ‘curi’ siapa. Kalau ahli mana-mana pun (parti) nak pergi (sertai parti lain), itu hak dia.

“Jadi, dakwaan ‘curi’ ini bagi saya tak lebih daripada tindakan ‘escapism’ atau cuba melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi sekarang,” katanya.

Tambahnya, adalah tidak adil untuk membuat tuduhan tidak berasas itu tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh ketika ini.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed