by

Polis batal panggil Guan Eng esok, tunda tahun hadapan

News Sources:

GEORGETOWN: Polis membatalkan sesi mengambil keterangan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng esok dan akan menetapkan satu tarikh baharu tahun hadapan. 

Perkara itu dimaklumkan Guan Eng dalam satu kenyataan di sini hari ini yang turut memberitahu perkara tersebut disampaikan peguamnya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pagi ini.

Malah, menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu pesanan teks kepadanya turut memohon maaf atas kekhilafan pegawai polis menetapkan sesi merakam kenyataan beliau sehari sebelum Krismas. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ucapan Krismas beliau kepada saya dan keluarga,” katanya dalam kenyataan itu.

Polis sebelum ini memanggil Guan Eng untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, yang dijadualkan pukul 10 pagi esok berkaitan dua kenyataan media yang dibuat beliau tahun lalu.

Bagaimanapun, Guan Eng menyifatkan tindakan itu sebagai ‘hadiah Krismas’ daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan beliau dipanggil sehari sebelum sambutan perayaan Hari Natal tersebut.

Tindakan polis memanggil Guan Eng sehari sebelum Krismas itu juga mendapat kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan tidak wajar dan hanya membuka ruang kepada kemarahan rakyat terhadap kerajaan PN. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed