by

Polis buka kertas siasatan, Annuar akan dipanggil beri keterangan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk mendapatkan keterangannya berhubung penularan gambar beliau sedang makan bersama beberapa yang lain, yang disifatkan sebagai melanggar prosedur operasi stanard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu, selepas ada laporan dibuat di Balai Polis Cheras.

“Selepas ada laporan polis dibuat, kita akan buka kertas siasatan dan panggil beliau untuk mendapatkan keterangannya,” katanya di sini, hari ini.

Annuar Musa

Annuar ketika menghadiri satu program semalam, dilihat bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan untuk makan selepas selesai majlis tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak lama di situ, sebaliknya meminta diri untuk berundur kerana menyedari pihak penganjur gagal mematuhi SOP PKP.

Namun, niatnya itu tidak kesampaian kerana gambar beliau duduk beramai-ramai telah tular di media sosial dan menerima kecaman pelbagai pihak termasuk musuh politiknya.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menerusi hantaran Facebooknya mengakui penganjur program yang dihadirinya tidak mematuhi SOP.

Katanya, beliau memohon maaf kerana hanya duduk sekejap dan kemudian berpindah kerana penganjur tidak mengikut SOP. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed