by

Polis Kelantan siap sedia

News Sources:

TUMPAT: Polis Kelantan bersiap sedia menggerakkan 100 peratus aset yang ada bagi menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini yang dijangka lebih teruk berbanding gelombang pertama.

Ketuanya, Deputi Komisioner Datuk Shafien Mamat berkata, ketika berdepan gelombang pertama banjir di negeri ini baru-baru ini, hanya 40 peratus kelengkapan logistik polis digerakkan.

“Kita menjangkakan gelombang kedua ini semakin buruk dan kita akan menggerakkan semua logistik, pegawai dan anggota yang ada untuk membantu mangsa banjir yang terlibat.

“Sekiranya banjir besar, kita akan guna sepenuhnya aset yang ada. Banjir baru-baru ini kita hanya guna tidak sampai separuh daripada aset kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) di Masjid Taman Putra SBJ Putra, Pasir Pekan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, susulan bencana banjir gelombang kedua di negeri ini, semua cuti pegawai dan anggota masih dibekukan sehingga akhir tahun ini. -UTUSAN ONLINE

The post Polis Kelantan siap sedia appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed