by

Polis Myanmar guna penyembur air suraikan peserta demonstrasi

News Sources:

BANGKOK: Polis Myanmar menggunakan penyembur air bagi menghalang penunjuk perasaan yang menentang rampasan tentera di ibu negara Naypidaw.

Jurufoto AFP turut menyaksikan kejadian itu dan memberitahu hari ini merupakan kali pertama pihak berkuasa menggunakan semburan air selepas aksi tunjuk perasaan memasuki hari ketiga.

Pihak polis hanya berhenti menggunakan penyembur air selepas dirayu penunjuk perasaaan, namun, demonstrasi itu masih diteruskan.

Ramai penduduk menyertai demonstrasi antirampasan kuasa tentera itu bagi menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi dan demokrasi dikembalikan semula.

Seorang peserta demonstrasi berkata, dia menyertai himpunan itu bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan.

Aksi tunjuk perasaan pada hujung minggu berlangsung dalam keadaan aman, namun, media tempatan melaporkan pihak polis melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan kehadiran orang ramai di bandar Myawaddy. -AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed