by

Polis nafi Jalan Sungai Lokan lokasi panas kes ragut

News Sources:

SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara menafikan Jalan Sungai Lokan, Seri Pinang di sini lokasi panas membabitkan kes ragut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorizanny Mohd Noor berkata, kejadian ragut membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun di kawasan berkenaan semalam merupakan kes pertama yang dilaporkan.

Kata beliau, berdasarkan laporan kejadian berlaku jam 6.20 pagi ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum didatangi dua lelaki dari arah belakang.

“Dua suspek tersebut bertindak menendang motosikal mangsa menyebabkan dia terjatuh dan pengsan sebelum disedarkan oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut.

“Dalam kejadian tersebut susprk turut melarikan telefon bimbit, dokumen peribadi, wang tunai serta jam tangan milik mangsa,”’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan ringan susulan kejadian terbabit.

Terdahulu tular beberapa keping gambar seorang lelaki di media sosial mendakwa menjadi ragut.

Status yang dimuat naik di Facebook itu turut mendakwa banyak kejadian ragut berlaku Jalan Sungai Lokan. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed