by

Polis nafi tiga rompakan, samun bersenjata di Kampung Gong Pauh

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Polis menafikan kononnya berlaku tiga kejadian rompakan dan samun bersenjata di Kampung Gong Pauh, di sini sebagaimana yang tular dalam aplikasi WhatsApp.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Suffian Sulaiman berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan yang diterima membabitkan kes tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar usah panik dengan berita rompakan itu di samping berhenti menyebarkan maklumat palsu.

“Setakat ini, tiada laporan diterima mengenai kejadian rompakan di belakang kedai perabot di kampung berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mesej yang tular itu mengingatkan penduduk di sekitar kawasan Kampung Gong Pauh dan Wakaf Mempelam agar lebih berhati-hati berikutan kes rompakan di belakang kedai perabot di lokasi tersebut.

Mesej itu mendakwa geng perompak tersebut yang terdiri daripada dua lelaki tempatan bersenjatakan pisau dan golok dengan modus operandi menyamar sebagai peminta sedekah atau wakil pertubuhan anak yatim. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed