by

Polis sahkan aktivis Rusia, anak tinggalkan kampung Orang Asli

News Sources:

IPOH: Aktivis Rusia yang dilaporkan mengutip derma tanpa kebenaran dan menginap di Kampung Orang Asli Pos Woh di Tapah telah pun meninggalkan perkampungan itu pada 14 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, aktivis berkenaan, Valeriya Ashtashova dan anak lelakinya keluar dari kampung itu selepas dinasihatkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Kita akan terus pantau perkembangan dan jika ada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan polis diterima bersabit kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Jakoa sebelum ini mengeluarkan surat kelulusan kepada Valeriya untuk menjalankan Program Kelas Bahasa Inggeris di Kampung Orang Asli Pos Woh pada 14 Disember lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad bagaimana pun berkata, program itu bagaimanapun dibatalkan selepas Jakoa menerima maklumat yang aktivis itu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Antara pelanggaran yang dilakukan ialah menyalah guna dewan di kampung itu untuk dijadikan tempat penginapan, membawa individu lain untuk tinggal di sana tanpa kelulusan dan mengutip derma meskipun program telah dibatalkan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed