by

Polis serbu sindiket persundalan di sebuah hotel di Johor Bahru

News Sources:

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan tiga lelaki warga tempatan dan lima wanita warga Vietnam yang terlibat dalam kegiatan persundalan di sebuah hotel di Taman Century, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, tangkapan berkenaan dibuat menerusi Op Noda yang dijalankan pada pukul 7.50 malam.

Jelasnya, operasi berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJ Cawangan D7 Bukit Aman.

“Dalam serbuan yang dijalankan di hotel berkenaan, polis menahan lapan suspek terdiri daripada lima wanita Vietnam dan tiga lelaki tempatan.

“Menerusi serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti persundalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, antara yang dirampas termasuk satu unit perakam kamera litar tertutup (CCTV), dua unit router, satu unit modem, tiga telefon bimbit, dua kondom, dua kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM1,070.

Jelasnya, semakan yang dibuat terhadap kesemua suspek mendapati mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Lima suspek wanita dikenakan tindakan reman sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) selama 14 hari manakala tiga suspek lelaki ditahan reman selama sehari,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 373 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mohd. Padzli turut menyeru kerjasama orang awam menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah di bandar raya ini bagi membantu pihak berkuasa.

Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan iaitu 072182323. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed