by

Polis sudah ambil keterangan Ahmad Maslan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan telah diambil keterangan oleh dua anggota polis berhubung buku memoir tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Setiasaha Agung UMNO itu berkata, keterangan itu mengambil masa dua jam.

Keterangan itu, kata Ahmad, susulan laporan polis terhadap yang dibuatnya terhadap Tommy Thomas berkaitan penulisan buku “My Story: Justice in the Wilderness” pada 6 Februari lalu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Dalam laporannya, Ahmad mendakwa tulisan Tommy itu memesongkan sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.

Malah, beliau mendakwa penulisan berhubung Peristiwa 13 Mei 1969 dan Tun Abdul Razak yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Menuurt Ahmad, keterangan yang diambil semalam berhubung Peristiwa13 Mei, Allahyarham Tun Razak, Jabatan Peguam Negara, peranan Cawangan Khas, Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed