by

Polis sudah ambil keterangan Annuar, buka siasatan dakwaan majlis langgar SOP

News Sources:

KUALA LUMPUR – Penganjur dan peserta terlibat dalam majis melibatkan Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini akan dipanggil polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, mereka akan dipanggil oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.

Menurutnya, polis telah selesai merakam percakapan menteri terbabit, Tan Sri Annuar Musa lebih kurang dua jam di ibu negara semalam.

“Sekarang tindakan susulan pasukan siasatan saya adalah untuk mengambil percakapan bagi pihak beliau yang mana orang yang ada hadir dalam rombongan beliau dan juga masyarakat yang bersama sewaktu majlis itu diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Bersama Pesara dan Bekas Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Saiful Azly, permohonan maaf menerusi video oleh pihak penganjur rombongan itu juga akan diambilkira dan rakaman semua pihak akan diambil untuk melengkapkan siasatan.

Setelah kertas siasatan dilengkapkan baru ia akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta 342 perlanggaran SOP.

Bagaimanapun, katanya, sebarang tindakan seperti kompaun belum diambil memandangkan ia masih dalam proses siasatan.

“Ini sebab apabila buka kertas siasatan, kami kena dapatkan segala bukti dan fakta yang ada dan kemudian kita akan rujuk kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya.

“Kes ini tidak akan menjadi ‘katakan dia bayar RM1,000, ok dah settle, itu tak boleh..siasatan telah dibuat, kita terpaksalah selesaikan,” tegasnya.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed