by

Polis tahan dua individu bawa arak tiada cukai kastam

News Sources:

JOHOR BAHRU: Tindakan dua individu membawa muatan 2,352 tin arak pelbagai jenama yang tiada cukai kastam bernilai lebih RM57,000 dalam kereta membawa padah apabila dicekup anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Taman Nusantara, Gelang Patah, semalam. 

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, individu yang ditahan ialah seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 27 dan 28 tahun. 

Katanya, dalam kejadian pukul 2.20 petang, sepasukan polis dari Batalion 5 PGA menahan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki suspek ketika melalui Jalan Nusaria, Taman Nusantara. 

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek telah menemui 2,352 tin arak pelbagai jenama yang tiada cukai kastam. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM57,000.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dimin berkata, orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

The post Polis tahan dua individu bawa arak tiada cukai kastam appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed