by

Polis Taiping pantau kawasan perumahan masa Tahun Baru Cina

News Sources:

TAIPING – Polis akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan perumahan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat memberitahu, ia adalah bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekali gus memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara.

Katanya, tumpuan pemantauan bukan melibatkan pematuhan SOP saja malah membabitkan operasi kesalahan jenayah, trafik dan narkotik.

Jelas beliau, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di kawasan perumahan pada musim perayaan ini agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Polis Taiping akan mengadakan operasi bersama agensi lain bermula esok hingga Sabtu bagi memastikan rakyat mematuhi SOP ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita tahu ramai akan cuti pada cuti umum, oleh itu pihak kami akan meningkatkan pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dengan kerjasama agensi lain,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini.

Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan lain-lain.

Menurutnya, tindakan kompaun akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP.

“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kompaun kerana sudah banyak nasihat diberikan berhubung pematuhan SOP,” ujar Osman.

Kelmarin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan acara makan besar sempena Tahun Baru Cina diadakan dengan tidak  melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer (km) radius.

Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique  turut dibenarkan adalah aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari ini tetapi dengaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed