by

Polis terima 2 laporan baharu, ‘Ustaz Budak’ ditahan lagi

News Sources:

KOTA BHARU: Pendakwah dikenali sebagai  Ustaz Budak yang didakwa di mahkamah baru-baru ini, ditahan semula selepas polis menerima dua lagi laporan berkaitan perbuatan cabul terhadap dua bekas pelajar lelakinya pada 2018.

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Syamsul Zaman Sukri, 32, yang merupakan Mudir Madrasah Syukriah Pondok Kampung Awah, Machang ditahan semula semalam sebelum direman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, laporan terhadap suspek dibuat di Balai Polis Kuang, Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan mangsa pertama, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada Mei dua tahun lalu selepas mangsa menghadiri ceramah di Terengganu.

“Mangsa bersama enam rakan mengikut suspek balik ke rumahnya. Mangsa diarah tidur bersama di dalam bilik kerana mahu menjalankan rawatan terhadap dirinya yang mengalami gangguan. 

“Semasa di dalam bilik, suspek meminta mangsa membuka seluar sebelum memegang dan menghisap kemaluan mangsa.

“Mangsa juga diminta memegang kemaluannya hingga keluar air mani. Kejadian berulang sebanyak dua kali di tempat sama selang beberapa hari kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keterangan daripada mangsa kedua pula memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam pada bulan November dua tahun lalu di bilik asrama sekolah agama yang dikendalikan oleh suspek.

Suspek mengajak pelajarnya tidur bersama, sebelum bertindak memeluk dan memegang kemaluan mangsa dan memaksa dia memegang kemaluannya. 

“Kejadian berulang dua kali di rumah suspek sebulan selepas kejadian pertama.

“Kedua-dua mangsa adalah bekas pelajar pondok yang dikendalikan suspek di Machang,” katanya.

Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan  Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Kuala Krai hari ini bagi membantu  siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed