by

Pompeo ugut kenakan sekatan – Utusan Digital

News Sources:

WASHINGTON: Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengugut untuk mengenakan sekatan terhadap individu dan organisasi yang terlibat dalam penahanan ahli politik pembangkang Hong Kong.

Seramai 53 ahli politik pembangkang Hong Kong dilaporkan ditahan dibawah undang-undang keselamatan baharu Beijing.

Menurut Pompeo, 53 individu yang ditahan semalam harus dibebaskan dengan segera dan tanpa syarat.

“AS tidak akan berdiam diri melihat rakyat Hong Kong menderita di bawah penindasan Komunis.

“AS akan mempertimbangkan sekatan dan beberapa larangan lain untuk dikenakan terhadap mana-mana individu dan entiti yang terlibat melakukan serangan ini terhadap rakyat Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan.

Pompeo memaklumkan AS juga akan meneliti sekatan terhadap pejabat perwakilan perdagangan hab kewangan Hong Kong di Washington.

Polis Hong Kong dalam satu operasi besar-besaran melibatkan kira-kira 1,000 anggota menahan aktivis berkenaan atas tuduhan penindasan.

Operasi terbaharu itu dilaksanakan ketika China mengekang pembangkang di wilayah separa autonomi itu selepas berjuta-juta penduduk berhimpun di jalan raya untuk melakukan protes demokrasi besar pada 2019.

Dalam pada itu, Pompeo berkata, beliau rasa terkejut dengan penahanan John Clancey, seorang peguam yang bekerja di sebuah firma dan mengendalikan kes hak asasi manusia.

“Saya ingin menjelaskan bahawa, AS juga tidak akan sesekali bertolak-ansur dengan penahanan secara sewenang-wenangnya atau menganggu rakyat AS,” katanya. – AFP

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed