by

Premis pajak gadai pun rugi

News Sources:

PETALING JAYA: Walaupun rakyat berada dalam kesusahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula bulan lalu, ia tidak bermakna mereka mahu membuat pajakan di kedai pajak gadai.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia, Tan Ho Keng mendedahkan, kedai pajak gadai yang sedang mengalami kerugian kerana lebih ramai menebus barang kemas berbanding membuat pajakan.

“Pendapatan kami merosot dalam 20 hingga 30 peratus sepanjang tempoh PKP ini. Kemungkinan sebab ramai yang sudah dapat bantuan serta wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jadi yang pajak kurang, yang tebus banyak.

“Sekarang ini bisnes kami yang rugi. Masa PKP kali pertama tahun lepas perniagaan kami sudah merosot teruk, tapi kali ini makin menjadi-jadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Ho Keng berkata, kebanyakan pengusaha pajak gadai di ambang risiko gulung tikar.

“Kalau lagi lama PKP ini, lagi besar kemungkinan kami akan tutup dan lagi awal kami mati dahulu,” katanya.

Justeru, dia berharap kerajaan dapat menangani wabak Covid-19 dengan baik dan menamatkan tempoh PKP dengan segera.

“Apa yang kerajaan nak buat terpulanglah, kami sedang bertahan sahaja ketika ini. Tapi jangan tunggu sampai kami gulung tikar,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed