by

Produk kraftangan Putrajaya capai standard tinggi

News Sources:

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) berhasrat untuk menambah lebih ramai usahawan kraftangan dalam usaha menjadilkan wilayah itu sebagai pusat kraf utama di negara ini.

Justeru, bagi menjayakan matlamat tersebut, pelbagai program dan kemudahan disediakan agensi itu untuk melahirkan ramai penggiat produk kraftangan dalam kalangan penduduknya.

Demikian kata Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar) PPj, Kamaruddin Domat pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Program Pembangunan Kemahiran Komuniti hari ini.

“Ramai tidak tahu bahawa hasil kraftangan di Putrajaya telah mencapai standard tinggi dan ada setaraf produk bermutu luar negara sehingga mampu dijual di pasaran asing,” katanya.

Turut hadir pada acara yang disertai seramai 20 peserta dan berlangsung selama dua hari itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Razali.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, PPj juga menyediakan pusat jualan usahawan kraf di Putra Point, Presint 16 selain premis Karyaneka di Dataran Putra bersebelahan Masjid Putra.

Beliau memberi contoh jualan pelitup muka dan beg tangan yang menonjolkan identiti ikonik Jambatan Seri Wawasan cukup laris mendapat permintaan tinggi pelanggan seluruh negara.

“Saya berharap, suatu masa nanti segala produk buatan usahawan kraf tempatan ini dijadikan sebagai produk perhiasan pilihan semua agensi kerajaan di seluruh negara,” jelasnya.

Dalam pada itu ujarnya, PPj turut merangka pelbagai aktiviti sepanjang tahun depan bagi meningkatkan lagi pemasaran kraftangan selain penganjuran siri kursus dan latihan berkala.

Ini termasuk mengadakan Karnival Usahawan Putrajaya yang dijangka sekitar Ogos tahun depan ketika sambutan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan, untuk promosi produk terbabit.

Malahan, PPj bekerjasama rapat dengan Kraftangan Malaysia dalam pemasaran atas talian menerusi E-Kraf Bazar sebagai kempen untuk masyarakat membeli kraf buatan tempatan.  

“Inisiatif ini antara usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan pendapatan pengusaha kraf selain memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat secara lebih luas lagi,” katanya. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed