by

Produk teknologi UMP menang MCY 2020

News Sources:

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mencatatkan kecemerlangan dalam bidang pengkomersialan dengan dua produk dibangunkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) itu memenangi Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2020).

Kejayaan itu diumum bersempena Sidang Kemuncak MCY Summit 2020 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dijalankan secara dalam talian hari ini. 

Majlis Pelancaran MCY Summit 2020 dan Majlis Penyampaian Anugerah MCY 2020 dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Produk yang dihasilkan pensyarah UMP daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Dr. Mohd. Zamri Ibrahim iaitu ‘Vein Display Instrument’ meraih Anugerah Utama bagi kategori Inovator Baharu. 

Produk peranti itu merupakan inovasi baharu bagi membantu dalam rawatan yang dapat dimanfaatkan pengamal perubatan dan pesakit. 

Lebih menarik peranti elektronik berkenaan berukuran telapak tangan, terdiri daripada kamera khas dan skrin yang memaparkan lokasi vena tanpa menyentuh kulit manusia. 

Dr. Mohd. Zamri berkata, peranti berkenaan terhasil daripada permintaan industri perubatan di negara ini yang dapat membantu doktor atau pegawai perubatan untuk mencari lokasi pembuluh darah atau vena manusia. 

“Pada masa ini terdapat lebih 90 peratus pesakit di hospital memerlukan prosedur untuk rawatan terapi intravena dan lebih daripada satu bilion prosedur setiap tahun dilakukan untuk mendapatkan sampel darah untuk ujian kesihatan,” katanya di sini hari ini.

UMP turut meraih anugerah sagu hati bagi kategori Usahawan Penyelidik hasil produk ‘Sleek Pump’ yang dihasilkan Dr. Mohamad Firdaus Basrawi daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA). 

Dikomersialkan menerusi UMP Technology Sdn. Bhd. (UMPT), penghasilan alat penyedut madu menggunakan bateri itu lebih mudah dibawa dan mampu meningkatkan efisiensi proses menyedut madu kelulut untuk mendapatkan madu dengan tidak menjejaskan kualitinya. – UTUSAN

The post Produk teknologi UMP menang MCY 2020 appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed