by

Projek MRT3 Lembah Klang diteruskan

News Sources:

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memulakan semula Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) di Lembah Klang pada pertengahan tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, projek berkenaan dirancang pada awal 2018, namun ia ditangguhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, pada masa ini MRT laluan Putrajaya fasa satu dari Sri Damansara Sentral ke stesen Kampung Batu dijangka mula beroperasi pada Ogos ini setelah semua operasi ujian, pentauliahan dan percubaan selesai.

Menurut beliau, kemajuan keseluruhan jajaran Putrajaya pada masa ini adalah 87 peratus sementara kemajuan untuk bahagian fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu adalah 97 peratus, merangkumi 12 stesen dari jumlah keseluruhan 36 stesen.

“Saya kagum dengan tahap kesediaan projek ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada MRT Corp.,” katanya dalam kenyataan semalam.

Projek MRT3 adalah kesinambungan projek infrastruktur mega yang dilaksanakan kerajaan iaitu MRT dan MRT2 untuk rangsangan ekonomi membabitkan jajaran sepanjang 40 kilometer.

Terdahulu beliau meninjau laluan baharu MRT Putrajaya dari Sri Damansara Sentral ke stesen Kampung Batu bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Ka Siong berkata, bagi fasa dua yang menghubungkan Kampung Batu ke Putrajaya Sentral sepanjang 40.2 kilometer, kerja-kerja meletakkan trek sedang dilakukan di bahagian bawah tanah.

Katanya, perkhidmatan bangunan untuk stesen berkenaan masih sedang dipasang.

Beliau memberitahu, untuk bahagian bertingkat, ujian sistem sedang dilakukan sementara kerja-kerja akhir seni bina masih berjalan.

“Keseluruhan Laluan MRT 2 akan beroperasi pada Januari 2023. Terima kasih diucapkan buat pihak MRT Corp. dan kontraktor turnkey MMC-Gamuda atas kerja keras dan dedikasi untuk menjayakan projek ini.

“Saya doakan seluruh pasukan dapat meneruskan usaha gigih untuk menyiapkan projek ini demi manfaat rakyat serta negara,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed