by

Projek terowong dasar laut tak terjejas

News Sources:

GEORGETOWN: Rancangan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri ini tidak terjejas.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow meskipun berlaku pemindahan majoriti ekuiti dalam syarikat pemajunya, Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) kepada ECK Development Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat lain.

Malah beliau bekata, kerajaan negeri juga masih mempunyai hubungan dengan CZC selain turut dimaklumkan mengenai penstrukturan ekuiti yang berlaku dalam syarikat konsortium berkenaan.

Tambahnya, kerajaan negeri ketika ini sedang dalam perbincangan dan rundingan dengan CZC untuk memeterai sub perjanjian pakej dua projek itu melibatkan pembinaan jalan raya dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam di sini.

“Sub perjanjian ini melibatkan beberapa perkara antaranya berkenaan perincian pembinaan, reka bentuk, pertukaran tanah dan sebagainya yang dijangka ditandatangani pada 15 Januari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang menyifafkan projek terowong itu mendapat nafas baharu apabila pemaju yang berpangkalan di Kedah membuat perjanjian untuk mengambil alih projek terbabit melalui pembelian majoriti saham dalam CZC.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed