by

PRU15: Terpulang kepada pertimbangan Agong dan kerajaan

News Sources:

PORT DICKSON: Keputusan sama ada perlu diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat terpulang kepada pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia juga terpulang kepada pihak kerajaan untuk mengikut kewajaran berdasarkan situasi semasa.

“Apa yang lebih penting untuk tempoh sehari dua ini kami mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat disebabkan oleh Covid-19 dan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program sumbangan Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Integrasi Islam Darul Ulum, Bandar Springhill, dekat sini hari ini.

UMNO menerusi Mesyuarat Tertinggi parti itu malam semalam memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagiannya termasuk menggesa supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021.

Ahmad Marzuk yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa daripada Pas, menambah, keputusan untuk mengadakan PRU-15 perlu sekiranya ia dilihat satu pertimbangan yang lebih baik.

Sementara itu, katanya, seramai 300 pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sekitar Negeri Sembilan menerima barangan keperluan sekolah bernilai RM170 seorang di bawah dana Yayasan Taqwa. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed