by

Puad sokong UMNO lawan Perdana Menteri di Pagoh

News Sources:

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara terbuka menyokong hasrat UMNO Bahagian Pagoh yang dilihat enggan memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mohd. Puad berkata, keputusan yang dibuat melalui persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu akan dikemukakan untuk pertimbangan MKT.

MOHD. PUAD ZARKASHI

“Saya selaku ahli MKT UMNO menyokong kuat pendirian UMNO Bahagian Pagoh membuat ketetapan dengan pendirian untuk letak calon bertanding dalam apa jua keadaan di kerusi Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pagoh. 

“Ketetapan itu dibuat dalam persidangan perwakilan UMNO bahagian Pagoh semalam. UMNO Pagoh akan mengemukakan usul itu kepada MKT. Tahniah UMNO Pagoh, Radu Tatap Radu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan, UMNO Johor akan memberi laluan kepada Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh pada PRU-15.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, cadangan itu disampaikan kepada pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

“UMNO adalah parti di dalam Perikatan Nasional (PN) dan kita yakin pakatan ini akan terus diterima rakyat.

“Tan Sri Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh. Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak Covid-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed