by

Pukul budak OKU dengan topi keledar sebelum maut kemalangan

News Sources:

BALIK PULAU: Pemandu kereta Suzuki Swift yang maut dalam kejadian melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengah-Bayan Baru di sini semalam didakwa bertindak memukul seorang remaja orang kurang upaya (OKU) di sebuah kedai pakaian terpakai di Sungai Tiram.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada muka termasuk patah tulang hidung, lantai mata dan bibir serta hidung berjahit akibat dipukul dengan topi keledar.

Mangsa merupakan OKU fizikal iaitu tangan kanan tidak bertenaga kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Jarak kedai pakaian terpakai dengan lokasi kejadian kemalangan dianggarkan kira-kira satu kilometer.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku daripada seorang peniaga berkenaan yang juga penyewa premis terbabit.

Menurutnya, pengadu memaklumkan mangsa merupakan anak kepada pemilik premis berkenaan yang datang ke situ untuk berehat.

“Ketika itu, pengadu sedang berbual bersama-sama rakan di luar kedai dan secara tiba-tiba ternampak kelibat seorang lelaki berbadan gempal dan berkulit gelap serta tidak memakai selipar berlari keluar dari premis.

“Pengadu berasa curiga dan masuk semula ke dalam kedai. Ketika itu, pengadu mendapati mangsa sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian muka.

“Pengadu mengesyaki lelaki yang lari keluar tersebut telah menyerang mangsa, lalu, dia terus menghubungi ambulans untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan di HPP,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil temu bual ke atas mangsa memaklumkan yang dia datang ke situ hanya untuk berehat di dalam bilik sebelum didatangi suspek dengan menyerangnya secara bertubi-tubi dengan topi keledar.

“Semakan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian serta saksi bebas mengesahkan keterangan pengadu dan pergerakan mangsa iaitu suspek dipercayai bergegas keluar daripada tempat kejadian dan melarikan diri menaiki kereta Suzuki Swift.

“Hasil temu bual dengan abang kandung suspek juga mengesahkan si mati masih bujang dan bekerja di sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian di Sungai Tiram hampir sembilan bulan lalu.

“Suspek juga dikatakan mengalami tekanan jiwa atau kemurungan sejak awal bulan Mac lau dan kemungkinan berpunca daripada tekanan hidup. Buat masa ini simati telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan tempat kerjanya,” ujarnya kereta yang dipandu suspek juga adalah milik bapanya.

Semalam, lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan maut ketika dalam perjalanan ke HPP selepas merempuh dua kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat berkenaan kira-kira pukul 2.50 petang. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed