by

Pulangkan kerusi UMNO syarat kerjasama dalam PN

News Sources:

BERUAS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memulangkan semua kerusi yang dimenangi UMNO pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang kini diwakili mereka kerana tindakan wakil rakyat lompat parti jika mahu terus bekerjasama dengan UMNO dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad berkata, pemulangan kerusi milik UMNO itu adalah satu daripada tiga syarat untuk UMNO meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan PN.

Katanya, kerusi-kerusi yang harus dipulangkan itu termasuklah Parlimen Bukit Gantang, Parlimen Larut dan Parlimen Bagan Serai kerana sebelum ini dimenangi UMNO.

“Kalau semua kerusi-kerusi lompat ini dikembalikan kepada UMNO, kita akan terima dengan hati yang terbuka, maka UMNO boleh berbincang tentang langkah-langkah seterusnya.

“UMNO boleh terima kerjasama tetapi dengan beberapa syarat. Kita bukanlah parti yang keras sangat menolak sesuatu parti itu asalkan perlembagaan mereka tidak lari dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Beruas, di Pejabat UMNO Beruas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed