by

Pulau Dedari halang pam pasir dibawa arus deras langgar rumah rakit, sangkar ikan

News Sources:

JERANTUT: Paras air dan juga pulau kecil di tengah sungai Pahang yang dikenali Pulau Dedari menjadi penyelamat dalam kejadian sebuah kapal pam penyedut pasir yang dihanyutkan arus deras semalam.

Kejadian pam penyedut air yang hanyut itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan gempar apabila pam berkenaan bergerak laju dibawa arus deras yang dibimbangi melanggar jambatan, rumah rakit dan sangkar ikan milik penduduk.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Rosdi Mustafa berkata, jarak pam dengan jambatan hanya kira-kira 0.6 meter ketika ia melalui di bawah jambatan Jerantut Feri semalam.

“Semasa pam pasir berkenaan lalu di jambatan saya melihat ia hampir kena jambatan tetapi nasib baik pada masa itu air sungai masih rendah tidak seperti hari ini.

“Kewujudan sebuah pulau kecil di tengah sungai berjaya menghentikan pam pasir berkenaan yang tersangkut di pulau kecil berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan pam pasir yang terputus ikatan akibat arus deras itu terletak di Kampung Pulau Mangsok iaitu kira-kira 20 kilometer daripada kawasan itu.

Dalam pada itu, Rosdi berkata, pihak bomba dan penduduk kampung telah mengikat pam pasir berkenaan di kawasan Pulau Dedari berkenaan agar tidak dihanyutkan.

Beliau memberitahu, ketika kejadian, tiada mangsa berada dalam pam penyedut pasir berkenaan. 

Katanya, pihak kontraktor juga terbabit akan memastikan pam pasir berkenaan diikat dengan kemas sebelum ditunda kembali apabila cuaca semakin baik. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed