by

PUNB sasar 1,500 kumpulan belia jadi usahawan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program pembangunan keusahawanan, Malaysia Youth Entrepreneur (MyPRENEUR) bagi mengalakkan lebih ramai penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan di negara ini.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif MyPRENEUR ini menjadi nilai tambah kepada usaha PUNB dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera terutama dalam kalangan belia.

Menurutnya, menerusi kerjasama tersebut, PUNB menyasarkan untuk melatih kira-kira 1,500 kumpulan belia yang telah dikenalpasti oleh KBS mempunyai potensi keusahawan untuk dikembangkan, menerusi program-program yang dilaksanakan oleh PUNB.

”Antara program yang sudah dikenalpasti ialah penganjuran Program PUNB Uni-Challenge, iaitu program keusahawanan berkonsepkan pertandingan dengan fokus utama kepada belia yang dilatih di Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (IKBN) dan sesi BizKonsultansi bersama PUNB iaitu sesi konsultasi perniagaan kepada belia dengan memberikan khidmat nasihat, panduan serta tunjuk ajar dalam menentukan hala tuju perniagaan mereka.

”Selain itu, PUNB akan menawarkan sesi ‘coaching’ bersama pakar industri pilihan yang telah dikenalpasti oleh PUNB. Menerusi kerjasama ini juga, belia yang berkelayakan akan dipelawa untuk menyertai program JUMPER Start-Up. Program latihan sangkut bersama mentor dalam industri pilihan ini akan berjalan sehingga lapan bulan dan dalam tempoh tersebut, peserta akan ditempatkan di premis perniagaan mentor bagi mempelajari selok belok dunia perniagaan,” kata beliau.

Menariknya, sebaik tamat latihan, mereka bekelayakan memohon geran perniagaan berjumlah RM10,000 dan memohon pembiayaan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan media sempena Majlis Pelancaran MyPRENEUR PUNB KBS yang diadakan secara maya di Akaun Rasmi Facebook PUNB dan KBS, hari ini.

Majlis pelancaran yang diadakan secara maya itu turut melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Noh berkata, program yang dirancang ini akan dipantau rapi pelaksanaannya bagi memastikan ia memberi impak dan memberi hasil yang diharapkan iaitu melahirkan usahawan baru, sekali gus mencipta rantaian peluang pekerjaan untuk belia di negara ini. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed