by

Pusat hiburan tawar khidmat GRO untuk pelanggan tetap diserbu

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kegiatan sebuah pusat hiburan yang dipercayai menawarkan pelayan khidmat pelanggan (GRO) kepada pelanggan tetapnya terbongkar dalam serbuan polis di Pandan Jaya, di sini malam semalam.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, seramai seembilan wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam operasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu.

“Semakan lanjut juga mendapati wanita itu terdiri daripada lapan warga Vietnam dan seorang warga China.

“Polis turut menahan seorang penjaga premis serta empat pekerjanya yang merupakan pembantu serta bar tender,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pelbagai barang dirampas di pusat hiburan itu antaranya peralatan audio, resit perniagaan dan wang tunai RM1,500.

Menurut Zuhairee, siasatan awal mendapati pusat hiburan itu beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan untuk mengelak daripada dikesan pengendalinya berhati-hati dalam memilih pelanggan.

“Dia bijak apabila tidak menerima pelanggan sewenang-wenangnya, sebaliknya dia hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk berhibur di premis berkenaan di waktu malam.

“Kita masih siasat sekiranya ada unsur aktiviti tidak bermoral ditawarkan di dalam atau luar premis itu,” katanya.

Zuhairee berkata, mereka yang ditahan dan barang yang dirampas dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Selangor, dan kesemua GRO asing itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Kawalan Pergerakan) 2021. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed