by

Pusat hiburan tawar layanan GRO ketika PKP

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Jalan PP2 Taman Perindustrian Sabak Bernam diserbu polis.

Serbuan mengejut itu dibuat sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, hasil serbuan, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berumur lingkungan 40-an disyaki pengurus dan penjaga kaunter di premis itu.

“Pemeriksaan lanjut polis turut berjaya menahan seramai 13 wanita warga Vietnam berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun disyaki bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

“Polis juga merampas empat paket lutsinar disyaki mengandungi serbuk dadah, selain menemui 58 biji pil eramin 5 dan 62 pil ekstasi yang dipercayai dijual kepada pelanggan yang datang berhibur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Zuhairee, dalam serbuan sama, pelbagai barangan antaranya peralatan audio hiburan, wang tunai RM8,300 dan resit bayaran dirampas untuk siasatan lanjut polis.

Justeru katanya, polis turut mengenakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap seramai 21 pelanggan dan dua pekerja premis terbabit atas kesalahan mengingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 yang ditetapkan.

Ujar beliau, kesemua mereka telah menjalani ujian saringan air kencing dan hasil ujian mengesahkan seramai 32 individu didapati positif dadah.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed