by

Putera Philip selamat dikebumikan – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Duke of Edinburgh, Putera Philip selamat dikebumikan dalam upacara pengebumian yang berlangsung secara tertutup di St George Chapel, Istana Windsor.

Lapor BBC, Dean of Windsor, David Conner memberikan penghormatan terakhir kepada Putera Philip atas kesetiaan beliau terhadap Ratu Elizabeth II dan perkhidmatannya kepada negara.

Hadirin yang terdiri dalam kalangan keluarga diraja terdekat itu memakai pelitup muka dan mempraktikkan penjarakan sosial selaras dengan peraturan Covid-19.

Ratu Elizabeth II dilaporkan duduk bersendirian.

Terdahulu, anak Putera Philip berjalan mengiringi kenderaan yang membawa keranda Duke of Edinburgh ketika perarakan serta upacara bertafakur selama satu minit bagi menghormati pemergian mendiang.

Keranda Putera Philip dibawa ke St George Chapel menggunakan kenderaan Land Rover yang diubah suai oleh mendiang sendiri.

Puteri Anne dan Putera Charles berada di barisan hadapan, diikuti dengan Putera Edward serta Putera Andrew pada barisan kedua ketika berjalan mengiringi kenderaan tersebut.

Putera William, Peter Philips dan Putera Harry berada pada barisan ketiga ketika berjalan di belakang kenderaan tersebut.

Lebih 730 anggota pasukan tentera, tentera laut dan tentera diraja menyertai majlis tersebut, namun hanya 30 orang dibenarkan berada di dalam St George Chapel disebabkan pandemik Covid-19.

Majlis pengebumian Philip dikendalikan oleh Dean of Windsor, David Conner dan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.

Suami Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 April lalu, dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.

Pasangan diraja itu sudah berkahwin selama 73 tahun. – AGENSI

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed