by

Putra tanding 15 kerusi Parlimen di Kedah

News Sources:

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan meletak calon di kesemua 15 kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keyakinan tersebut setelah mendapat penyertaan yang ramai dalam kalangan Bumiputera di negeri ini.

Menurutnya, kesemua calon yang bertanding itu juga dalam kalangan mereka yang berintegriti tinggi.

“Jentera parti sedang mengorak langkah dengan menyusun program, termasuk memilih calon untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas parti mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 Mei 2019,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Putra peringkat negeri di sini.

Pada majlis itu, Ibrahim turut menerima 500 borang keahlian baharu parti tersebut daripada Ketua Penyelaras Putra Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed