by

Quartararo sambar petak pertama bersama rekod

News Sources:

LISBON: Fabio Quartararo menyambar petak pertama MotoGP pada Grand Prix Portugal hari ini dengan penuh bergaya apabila mencatat rekod sepusingan terpantas.

Perlumbaan ketiga dalam kalendar motosikal dunia itu turut menyaksikan kepulangan semula juara dunia enam kali, Marc Marquez selepas hampir setahun.

Marquez yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan tidak mengambil masa lama untuk kembali menyesuaikan diri dengan suasana perlumbaan apabila bakal memulakan saingan dari kedua selaku pelumba ke-13 terpantas.

MARC MARQUEZ

Quartararo yang menjuarai Grand Prix Doha, dua minggu lalu menyambar petak ke-11 dalam kariernya selepas mencatat masa terpantas satu minit 38.862 saat.

Pelumba Yamaha dari Perancis itu mengenepikan Alex Rins (Suzuki) di tempat kedua, manakala Johann Zarco (Ducati-Pramac) ketiga.

FABIO QUARTARARO

Bintang Honda, Marquez berkongsi baris ketiga bersama pelumba Ducati, Jack Miller dan Franco Morbidelli dari pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dari Itali sebelum itu mencatat masa terpantas sepusingan, namun catatannya dibatalkan kerana meneruskan saingan ketika bendera kuning dikibarkan ekoran kemalangan yang menimpa Miguel Oliveira. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed