by

Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri tiba di Masjid Negara

News Sources:

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Baginda berangkat tiba kira-kira pukul 1.55 petang disusuli Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Datin Noorainee Abdul Rahman kira-kira 2.10 petang.

Selang lima minit kemudian, jenazah tiba di Masjid Negara diiringi konvoi yang disertai 32 kenderaan ahli keluarga terdekat termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Jenazah akan disembahyangkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni sebelum dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah yang juga ibu kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -UTUSAN ONLINE

The post Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri tiba di Masjid Negara appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed