by

Rasuah: Pegawai kanan Tentera Darat, kontraktor direman

News Sources:

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan dua individu termasuk seorang pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftnenan Kolonel direman bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM16,000 bagi kerja-kerja di sebuah kem di negeri ini selama setahun sejak 2019.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani membenarkan pegawai kanan tentera itu bersama seorang kontraktor masing-masing berusia 47 dan 50 tahun direman tujuh hari bermula hari ini.

Menurut sumber, pegawai kanan tentera itu merupakan antara pegawai tertinggi di kem tersebut yang meluluskan projek-projek membaikpulih melibatkan kem tersebut.

“Manakala, kontraktor terbabit pula merupakan individu terlibat dengan projek-projek di kem berkenaan.

“Pegawai tentera terbabit kemudiannya meminta dan menerima suapan berjumlah RM16,000 daripada syarikat-syarikat kontraktor menerusi bantuan kontraktor berkenaan.

“Kontraktor terbabit dipercayai memasukkan wang suapan ke dalam akaun bank milik isteri pegawai tentera berkenaan bagi meluluskan kerja-kerja di kem terbabit,” kata sumber.

Jelas sumber, projek-projek yang dijalankan di kem itu melibatkan dibawah RM20,000.

Tambah sumber lagi, kedua-dua individu terbabit ditahan dalam tempoh setengah jam iaitu bermula pukul 4.30 petang semalam selepas hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed