by

Real Madrid tak nak Salah

News Sources:

LONDON: Real Madrid membatalkan hasrat untuk membeli bintang Liverpool, Mohamed Salah pada musim panas ini kerana masih mempercayai Eden Hazard.

Menurut media Sepanyol, Real sudah bersedia mendapatkan Salah sekiranya gagal menandatangani bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Bagaimanapun, Los Blancos membatalkan rancangan itu kerana mahu memberi peluang kepada Hazard membuktikan kemampuan dan bukan mencari penggantinya.

 

ZINEDINE Zidane mahu memberi peluang kepada Hazard untuk menyinar.

Hazard, 31, menyertai Real dari Chelsea pada 2019, namun sehingga kini masih gagal mencipta impak.

Masalah kecederaan dan kecergasan membataskan prestasi perancang utama Belgium itu.

Pengendali Real, Zinedine Zidane bertegas, mereka harus bersabar dengan Hazard yang baru pulih daripada siri kecederaan.

Selain Salah, 29, Real juga mengintai bintang Tottenham, Son-Heung Min yang dilihat jauh lebih klinikal berbanding Hazard sejak dua musim lalu.

SON Heung-min turut berada dalam radar Real Madrid.

Bagaimanapun Bernabeu Digital melaporkan, buat masa ini Zidane kekal dengan keputusan untuk bersabar menantikan Hazard kembali ke prestasi sebenar.

Sejak tiba di Madrid dengan yuran perpindahan 143 juta pound (RM779.86 juta), skuad Los Blancos membayar 65,000 pound (RM354,000) seminit untuk khidmat Hazard.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed