by

Rela tinggal BAM demi impian Olimpik

News Sources:

PETALING JAYA: Ketika pemain lain bersedih digugurkan daripada skuad kebangsaan, Tan Kian Meng sebaliknya mengejutkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila memilih untuk keluar bagi memburu impian ­Sukan Olimpik Tokyo bersama Lai Pei Jing.

Keputusan BAM menggugurkan Pei Jing menyebabkan Kian Meng tidak punya pilihan ke­cuali mengambil tindakan ­drastik dan berani untuk bergerak secara profesional.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, langkah tersebut perlu diambil kerana dia dan Pei Jing berpeluang layak dengan meng­huni ­ranking ke-12 dunia beregu campuran di belakang Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

“Saya sudah serahkan surat dan keluar BAM.

“Ia bukan keputusan mudah tapi kalau kekal, saya perlu pasangan ­baharu dan kena mula balik dari bawah untuk cari mata ­ranking sedangkan dengan Pei Jing kedudukan saya agak baik.

“Jadi sekarang saya teruskan dengan impian untuk ke Sukan Olimpik. Saya perlu segera cari penaja bagi sertai kejohanan dan mencari mata,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Kian Meng mengambil langkah drastik itu beberapa hari selepas BAM mengumumkan pengguguran lima pemain kebangsaan termasuk Pei Jing, selain Vivian Hoo, Soon Huat, Shevon dan ­Soniia Cheah.

Keputusan Kian Meng nyata mengejutkan BAM kerana semua beregu campuran utama negara kini bergerak di luar badan ­induk badminton itu.

BAM hanya mempunyai satu beregu senior ketika ini iaitu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dalam beregu wanita.

Kata Kian Meng, selepas mendapatkan pandangan pemain yang sudah bergerak secara profesional seperi Peng Soon-Liu Ying, dia yakin untuk memulakan karier di luar BAM.

“Saya percaya, kami boleh lakukan sebagai pemain profesional,” kata juara Masters Malaysia 2017 itu.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed