by

Remaja lemas mandi air banjir di Kuala Tembeling

News Sources:

KUANTAN: Kegembiraan empat remaja mandi air banjir yang melimpah dan bertakung di atas jalan di Kampung Sangkoh, Kuala Tembeling, Jerantut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas. 

Mangsa yang lemas dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam itu ialah Mohammad Zamarulhisyam Shaari, 15,. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, ketika kesemua remaja berkenaan sedang asyik mandi, tiba-tiba mangsa kelihatan berada ditempat air yang dalam dan sedang lemas.

Jelasnya, salah seorang rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi  tidak berjaya.

“Kejadian disedari seorang remaja lain nama Abdul Rais Abdullah. Abdul Rais dengan segera terjun dan menolak mangsa ke arah tiang elektrik, setelah berusaha sedaya upaya untuk membawa mangsa ke tempat selamat Abdul Rais gagal kerana keadaan air dalam.

“Abdul Rais tinggalkan mangsa di tiang elektrik dan berusaha mendapat bantuan. Abdul Rais berjaya mendapatkan pelampung yang diambil dari rumahnya dan terus bawa mangsa ke darat dan bagi bantuan pernafasan,” katanya di sini hari ini. 

Mazlan berkata, mangsa dibawa ke klinik Kesihatan Kuala Tembeling dan ketika menerima rawatan, Mohammad Zamarulhisyam masih bernafas.

“Seterusnya mangsa dibawa untuk rawatan lanjut di Hospital Jerantut dengan menaiki bot yang diiringi pegawai kesihatan Kuala Tembeling.

“Bagaimanapun, ketika sedang menerima rawatan, mangsa meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Jerantut pukul 3.33 petang hari ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed