by

Rina ditegur Fahmi, lihat peranan dipikul Zuraida

News Sources:

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun ditegur oleh pemimpin pembangkang kerana dilihat seolah-olah tidak mempunyai sebarang peranan ketika ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, peranan Rina terpaksa pula dipikul Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin.

“Menteri Wanita punyalah tak function (berfungsi).

“Sampai Menteri Perumahan pula terpaksa komen.

“Malu,” tulisnya dalam akaun Twitter.

Tulisan Fahmi itu dipercayai berkaitan insiden seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditahan dalam lokap polis dirogol tahanan lain di Miri, Sarawak pada Januari lalu.

Saidatulnisa Aminuddin (kiri) dan Man Kajang (kanan) bersama Rina Mohd. Harun.

Ciapan Fahmi itu menarik perhatian netizen yang membuat teguran sama dengan menyindir beliau terlalu ‘sibuk’ dengan pereka fesyen untuk penggayaan terbarunya.

Baru-baru ini Rina menjadi trending di Twitter apabila beberapa keping gambar beliau dengan penampilan baharu tular di laman sosial itu. – MalaysiaGazette

Perkembangan terkini kes remaja dirogol tahanan tidak wajar didiamkan – Zuraida



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed