by

Ringgit kukuh berbanding dolar – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dijangka akan mencecah paras purata di antara RM4 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) didorong oleh faktor dalaman dan luaran.

Menurut PublicInvest Research, faktor-faktor tersebut merangkumi perubahan harga minyak dan normalisasi dasar di Malaysia serta rantau ini.

Pada masa sama, sentimen baharu pelabur terhadap pasaran membangun dan perjanjian perdagangan AS-China kedua lebih baik juga mampu memacu kedudukan ringgit yang mantap.

PublicInvest Research memberitahu, keadaan turun naik ringgit akan diperlahankan oleh polisi status quo negara ekonomi maju yang mungkin kekal sehingga 2022.

“Prospek peru­ba­han kedudukan ekonomi yang kukuh pasca Co­vid-19 dan kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada tahun 2021 juga akan melonjakkan nilai ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan yang dilaporkan The Edge Market semalam.

Dalam pada itu, firma penyelidikan itu turut mengunjurkan ekonomi Malaysia untuk berkembang pada paras 6.2 peratus tahun hadapan.

PublicInvest berpendapat, sektor swasta kekal menjadi pemacu pertumbuhan utama dengan penggunaan swasta dijangka meningkat melebihi purata didorong oleh inisiatif menyokong penggunaan besar-besaran yang diumumkan tahun ini dan 2021.

Katanya, pertumbuhan pada 2021 juga akan dibantu oleh pengukuhan semula nilai ringgit dan keupayaan mencukupi yang mam­pu menyokong pertumbuhan.

“Kami optimis me­ngenai prospek 2021 mengambil kira penghapusan sebab terbesar yang menyekat pertumbuhan global iaitu pandemik Co­vid-19.

“Ditambah dengan pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM305 bilion, trajektori pertumbuhan Malaysia dijangka pulih mendadak meningkatkan output ke tahap sebelum Covid-19.

“Ia sekali gus meletakkan negara berada di landasan sebagai satu daripada ekonomi yang berjaya pulih dengan pantas di rantau ini,” katanya.

Mengenai prospek dasar, Pub­licInvest menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan terus bersifat akomodatif tahun hadapan memandangkan kesan penangguhan dasar intervensi pada 2020. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed