by

Risau peminat jemu – Adira

News Sources:

KUALA LUMPUR: Mendapat gelaran Ratu Soundtrack, Adira kali ini hadir sekali lagi dengan sebuah lagu baharu Kesempatan Bagimu yang dipilih sebagai runut bunyi drama Tercipta Satu Ikatan.

Jelas Adira, dia kadang kala takut andai peminat mula bosan atau enggan mendengar lagunya namun, rezekinya dalam industri seni sering kali membuktikan dia masih berdiri sebagai salah seorang penyanyi pilihan ramai.

“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini. Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke? Lagi-lagi Adira.

“Di saat ramai bakat-bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.

“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu Maaf untuk drama Maaf Tak Indah yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya penuh kesyukuran.

Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bakal melatari drama 28 episod berjudul Tercipta Satu Ikatan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember ‘20. Lirik lagu tersebut pula hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.

Sementara itu, Adira berkata, dia sangat senang bekerjasama dengan komposer-komposer terkenal itu dan mengharapkan agar single baharunya terus mendapat sambutan peminat.

“Sebelum Kesempatan Bagimu, saya terlebih dahulu mencipta keserasian dengan lagu karya Ikhwan Fatanna sejak dari lagu Pujaan Hati, Takdir Tercipta dan juga Maaf. Saya juga secara peribadi senang bekerjasama dengannya

“Lagu baru ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja dengan komposer, saya juga sudah dapat lagu ini lebih awal untuk berlatih.

“Kebetulan lagu baru ini pun berentak balada seperti yang sebelumnya. Tak saya nafikan jiwa ini lebih terarah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Mungkin juga dalam ketegasan diri ini, kelembutan jiwa itu masih terserlah,” selorohnya

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed