by

Risda fokus pengeluaran lateks – Utusan Digital

News Sources:

JEMPOL: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) tahun ini akan memfokuskan kepada pengeluaran lateks atau susu getah dalam usaha mengurangkan kebergantungan pekebun kecil kepada getah sekerap.

Pengerusinya, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, Risda kini bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi mencapai sasaran peningkatan penghasilan lateks ketika permintaan getah asli meningkat ketika ini bagi penghasilan sarung tangan susulan pendemik Covid-19 meningkat.

“Kebergantungan pekebun kecil kepada getah sekerap tidak menjamin masa depan mereka. Kita nak kelompok yang ada kawasan (kebun getah) untuk mereka bawa lateks malah kita sudah bangunkan depoh lateks di kawasan terlibat untuk tingkatkan penghasilan.

“Lateks ni dua kali ganda harganya, kalau harini harga lantai getah RM2.50, harga lateks pula RM5.20 iaitu peningkatan sekali ganda tapi kerjanya lebih sedikitlah untuk tujuan penghasilan lateks berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program ‘Back to School 2021’ @ KPLB Parlimen Jempol di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, dekat sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr. Nizar Sudin dan Pengarah Mara Negeri Sembilan, Mimi Mazlin Mohamed Yusof.

Sementara itu, Mohd. Salim memberitahu, sehingga 5 Januari lalu, Risda telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM122 juta membabitkan 237,000 penerima Bantuan Musim Tengkujuh 2020.

“Jumlah berkenaan adalah bersamaan dengan 98.56 peratus pembayaran kepada penerima bantuan yang telah dikenal pasti sebelum ini membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak 274,639 penerima,” katanya. -UTUSAN ON;INE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed