by

Rivian intai IPO AS$50 bilion

News Sources:

NEW YORK: Syarikat permulaan kenderaan elektrik (EV) yang disokong Amazon.com, Rivian Automotive Inc. menyasarkan penyenaraian awam seawal September ini pada penilaian kira-kira AS$50 bilion (RM202.23 bilion) atau lebih.

Perkara tersebut didedahkan oleh beberapa sumber yang dekat dengan perkara tersebut kepada Bloomberg.

Menurut sumber tersebut, tempoh untuk menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) atau potensi penilaiannya mungkin berubah, dan penyenaraian mungkin berlaku lebih lewat pada tahun ini atau mungkin terheret sehingga 2022.

Seorang sumber turut memberitahu, Rivian sudah mula berbincang dengan pegawai bank berkenaan rancangan tersebut.

Syarikat itu adalah antara potensi pesaing yang paling berprofil tinggi kepada Tesla Inc.

Mereka telah meraih lebih AS$8 bilion (RM32.36 bilion) setakat ini daripada pelabur yang mengharapkan kenderaan pikap berkuasa elektrik dan bateri serta kenderaan utiliti sukan (SUV) syarikat itu cemerlang dalam pasaran.

Pada penilaian AS$50 bilion, ia berkemungkinan menjadi satu daripada IPO terbesar tahun ini dan antara penyenaraian syarikat kenderaan elektrik paling diingati sejak tawaran Tesla pada 2010.

Syarikat permulaan itu dinilai pada AS$27.6 bilion (RM111.63 bilion) dalam pusingan pendanaan pada Januari, mengikut laporan Bloomberg News.

Rivian meraih AS$2.65 bilion (RM10.72 bilion) dalam pusingan itu daripada sekumpulan pelabur diterajui T. Rowe Price Group Inc. Pada bulan lalu juga, bekas eksekutif JPMorgan Chase & Co. dilantik Ketua Pegawai Kewangan Rivian.

Menurut Bloomberg, wakil Rivian menolak untuk memberikan sebarang komen berkenaan perkara tersebut.

Beberapa pembuat EV dan syarikat berkaitan dengannya telah disenaraikan tahun lalu melalui IPO atau perjanjian dengan apa yang dikatakan sebagai syarikat blank-check.

Syarikat permulaan EV China, Li Auto Inc. meraih AS$1.26 bilion (RM5.10 bilion) dalam IPO di Amerika Syarikat (AS) pada Julai. Satu lagi syarikat EV China, XPeng Inc. meraih AS$1.5 bilion (RM6.07 bilion) dalam senaraian juga di AS pada Ogos lalu. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed