by

RM1 juta bantuan kepada koperasi terjejas akibat banjir – JohorKini

News Sources:

PUTRAJAYA, 11 FEB: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan bantuan kecemasan koperasi berjumlah RM1 juta bagi meringankan beban koperasi yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

berkata bantuan itu akan dibuat terus kepada koperasi yang terlibat dan akan dipantau pelaksanaannya oleh SKM Cawangan Negeri.

Dana di bawah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi itu akan disalurkan kepada 73 koperasi yang telah dikenal pasti iaitu 40 koperasi di Pahang, Kelantan (tiga koperasi), Terengganu dan Johor masing-masing sembilan koperasi, Perak (lima koperasi), Sabah dan Sarawak masing-masing dua koperasi, serta Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing satu koperasi, katanya.

“Inisiatif ini dilihat sebagai satu daripada usaha SKM untuk memastikan kesejahteraan dan kelangsungan operasi koperasi terus bertahan dan dibela,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Wan Junaidi berkata bantuan kecemasan itu diharap dapat membantu koperasi membangunkan semula aktiviti ekonomi dan menampung ke atas apa-apa kerosakan premis, aset atau produk koperasi yang terjejas teruk akibat banjir.

Setakat semalam, sebanyak RM427,120 bantuan kecemasan telah diluluskan oleh pihak SKM.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut menggesa semua agensi di bawah MEDAC untuk menyegerakan segala bentuk bantuan yang berkaitan demi membantu meringankan beban rakyat akibat bencana banjir baru-baru ini.

Bernama

 



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed