by

RM4 juta hasil Tabung Musa’adah Covid-19 sudah dibelanjakan

News Sources:

PUTRAJAYA – Sebanyak RM4 juta hasil kutipan Tabung Musa’adah Covid-19 sudah dibelanjakan sebagai bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli al Bakri berkata, sumbangan daripada tabung itu yang sebelum ini berjumlah RM6 juta digunakan untuk membantu golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik serta mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah kutipan daripada tabung itu akan di kemas kini setiap hari dan memastikan setiap bulan ia akan dibelanjakan.

“Yang terdahulu kutipan berjumlah RM6 juta dan perbelanjaan sudah lebih RM4 juta. Oleh kerana kami membuat satu gabungan pada masa ini dan pada bulan Januari kita sudah guna RM15 juta.

“Kita akan bagi bantuan ini di seluruh Malaysia…rancangan kita kalau boleh tidak ada kawasan Parlimen yang terlepas melainkan kita santuni dan inilah yang kita lakukan di Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak bahkan turut ke Melaka, Negeri Sembilan Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir Jakim-Yayasan Wakaf Malaysia ke Dungun, Terengganu di sini hari ini.

Zulkifli menjelaskan, sumbangan berjumlah RM15 juta yang telah digunakan sebelum ini dikutip daripada agensi-agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang turut menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.

Kali ini program tersebut menyasarkan misi bantuan ke Kampung Sungai Jengei, Dungun di Terengganu dengan membawa bantuan berjumlah RM60,000.

Bantuan Berupa dapur gas, tilam, toto, bantal keperluan wanita dan kanak-kanak pek makanan kering merupakan antara barangan yang akan disampaikan kepada 200 ketua isi rumah di daerah tersebut.

Turut disampaikan sumbangan kepada seorang individu yang sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur berjumlah RM2,000.

Tabung Musa’adah kali ini turut digunakan untuk bantuan kepada 122 mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dengan setiap seorang daripada mereka menerima sumbangan sebanyak RM200. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed