by

RMK-12 dipastikan tiada siapa pun tertinggal – Mustapa

News Sources:

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dokumen berkenaan sedang dimuktamadkan melalui sesi libat urus secara meluas sejak 18 bulan lalu bagi memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal  dalam penggubalan dan pelaksanaan pelan pembangunan negara ini. 

Menurut beliau, semua strategi dan inisiatif RMK-12 itu dijajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

“Maklum balas dan pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan telah diambil kira termasuk sektor awam dan swasta, pakar industri, akademik, pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Turut meliputi organisasi antarabangsa, jemaah menteri, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta masyarakat umum melalui pelbagai saluran termasuk libat urus dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mustapa berkata, RMK-12 juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan ekonomi negara dan memastikan kehidupan yang wajar untuk rakyat.

Katanya, ini selaras dengan prinsip ‘Prihatin’ yang dibawa kerajaan Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed